1 TIPS PALING PENTING MENDIDIK ANAK

Assalamualaikum,

Excited tak dapat anak? mestilah..apalah kan soalan. 

Tapi tahu tak bila dah dapat anak tak cukup tido, penat pam susu, hormon tak keruan, risau anak sakit, risau perkembangan anak ni ikut process ke tak, mengeluh pampers mahal, alah macam-macam. 

Tahu tak semua tu? Maybe ada yang tahu, tapi saya rasa ramai tak tahu betapanya tak cukup tido kan.

Saya masa mengandung anak kedua (yang pertama gugur) saya terlalu memikirkan apa saya nak plan untuk anak saya? anak saya patut jadi apa ye? camana nak plan? 

Nak anak jadi ulama lah macam Yusu al-Qaradawi atau Imam Shafiei kalau lelaki. Eh kejap dia boleh jadi macam Prof Muhaya seorang doktor dan pakar motivasi hati. eh kejap tu eh kejap ni. Lama-lama, makin pikir makin pikir, boleh jadi gila lak. Saya pening.

 Masalahnya, dah 3 tahun masih memikir benda yang sama.. hoho. 

Maka harini saya mendapat satu conclusion atau kesimpulan kepada satu kata pembuka bukan kata putus. 

Kata pembuka itu juga merupakan tips utama mendidik anak adalah

"Solehkan diriku dulu kerana Allah maka Allah lah yang solehkan anakku Insyallah"

Bila kita mulakan dan buka diri kita untuk menajdi hamba Allah yang soleh, insyallah doa orang soleh makbul maka tak mustahil Allah mudahkan jalan untuk anak kita soleh kan???

Begitulah rakan-rakan seperjuangan yang mendidik anak, penat tau saya pikir anak patut jadi macam ni, patutnya macam tu. Kenapa anak kita pulak yang patut jadi macam tu macam ini???
Kenapa bukan sepatutnya kita dulu???

Itulah our biggest challenge, suka suruh orang dulu, salahkan orang dulu, tengok orang lain dulu, tapi tak tengok diri sendiri dulu kan. (this really reflect myself)

Bukan ke jadi pengutip sampah kerja mulia amal soleh,
Bukan ke cuci tandas kerja mulia amal soleh,
bukan ke kerja bersihkan masjid tu kerja mulia amal soleh,
bukan kerja duduk rumah kerja mulia amal soleh,
bukan ke kerja apa pun BERKAT HALAL gaji RM1000 kebawah kerja mulia amal soleh,

Memang mulia lagi soleh tapi tak glamour kan, orang ramai pandang rendah kan??? 

sebab kita lupa

KITA DIJADIKAN UNTUK MENGABDIKAN DIRI UNTUK ALLAH

Sebab kita lupa

ALLAH FOKUS KEPADA AKHLAK MULIA BUKAN CAREER

Sebab kita lupa

ANAK ITU REZEKI DARIPADA ALLAH 

Maka, bukankah rezki itu satu jaminan daripada Allah, maka yang sepatutnya kita risau

Apa lagi yang perlu
AKU BUAT UNTUK MENGABDIKAN DIRI KEPADA ALLAH

Apa lagi yang perlu
AKU BUAT UNTUK MERAIH CINTAMU YA ALLAH

Apa lagi hak yang perlu
AKU TUNAIKAN SUPAYA ANAK AKU MENGABDIKAN DIRINYA KEPADAMU YA ALLAH 




Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

5 Steps How To Do Literature Review (fully English)

5 steps to do Literature Review

8 steps to write Literature Review Using Mendeley