JANGAN BACA KALAU TAK TERINGIN JUMPA SULTAN NI ...

Salamualaikum,

Tajuk apelah kan, pelik suruh jangan baca tapi buat teringin nak baca kan. Kisah benar. Ni kisah seseorang bertemu dengan ... Baca sampai habis. 

Jap jap, cuba bayangkan anda berada di tempat seseorang tu nak jumpa ...

Alkisah, orang kaya dan amatlah kaya kat dunia ni (saya pun tak kenal tapi bayangkan la contohnya Sultan Johor or Sultan Brunei) jemput anda datang kerumahnya untuk lunch sama-sama. Agak-agak happy tak? or berdebar-debar sangat. Mestilah confuse sebenarnya, kang takut-takut tak pasal-pasal kena penampar or kena pancung tetiba kan.

Bukan-bukan yang buruk-buruk kat atas tu. Sultan siap bagi kad jemputan mengatakan anda dijemput berama mesra bersama sultan untuk menunaikan apa sahaja hajat yang terbaik tuan/puan inginkan. Uish tak melompat ke badan bila dapat statement macam tu daripada sultan kan? kan? kan? Rasa macam nak nangis pun ada. Macam durian runtuh (eh tak sesuai), macam bulan jatuh ke riba lah. Pergh!!!

Eh ada lagi tau statement lain dalam kad tu kata, bukan setakat lunch woi, bersarapan bersama, makan tengahari sama, minum petang sama, dinner dan supper sekali you. Awwww. Tak gila ke. Apa mimpi kan sultan boleh bagi special kat aku macam ni. fuhhhhh, berpeluh.

Eh tak cukup statement tu je, sultan menyatakan dalam kad jemputan tu, yang makan-makan bersama kat atas tu sangat diwajibkan, dan ada lagi special, tuan/puan amat digalakkan bersocial dengan sultan pada dingin pagi sebelum fajar untuk minta apa sahaja.

Selepas membaca kad jemputan tersebut, dengan hati yang riang dan ceria, kita pun berkobar-kobar dan nekad untuk book date tu teruslah. Masuk diari buku dan calendar phone untuk reminder. Lepas tu, terus pergi shopping baju lawa dan paling menawan supaya nampak berstatus lah sikit kan. Bukan tu je, tiap-tiap hari yang dinantikan kita termimpi-mimpi apalah nak cakap dengan sultan, apalah adab yang betul mengadap sultan. Siap buat researh sikit, eh sikit ke, extensive research adab-adab mengadap sultan. Lepas tu, kita pun siapkan list hajat apa nak minta kat sultan. Since ada 6 kali perjumpaan, kita letak paling sikit pun 6 jelah. kang minta 100 macam pengampu sangat. huhu.

Actually kita buat semua tu sebelum jumpa sultan sebab kita rasa "honoured by sultan". Rasa special sangat sebab bukan senang. Betul-betul macam mimpi. Cam nak nangis pun ada.

Hari yang ditunggu pun tiba. Sangat mendebarkan. Majlis makan sama start pukul 8.00 pagi. Wuiiii, kita bangun pukul 4 pagi untuk bersiap. Kira-kira 3 jam lah nak bersiap nak pergi jumpa sultan ni. Pukul 7 dah terpacak depan istana. Sementara tunggu tu kita pun berzikir dululah. Sebab neves.

Tepat pukul 8.00 pagi, pintu istana terbuka.. Jeng jeng.. inilah kemuncak nya

Sebenarnya, mimpi jelah sultan nak bagi kad jemputan macam tu kang hang pa kalau hang pa no one. huuuu
Sorry, tapi sebenarnya memanglan mimpi menjadi kenyataan jika sultan buat demikian kepada kita. 

Tapi sebenarnya, pemilik sultan sudah lama menjemput kita. Cuma kita tak perasan.

Bukankah pemilik sultan itu Allah sudah lama menghantar kad jemputan nya al-Quran untuk kita sentiasa bersua dan berbicara dengan Nya melalui solat. Bukankah solat di dngin pagi sepertiga malam itu yang terbaik untuk menunaikan doa kita. 

But why I overlooked all this while? Mengapa saya terlupa berasa solat itu "honoured by Allah".
Bahkan Allah lagi menjemput untuk bersama-sama dengan-Nya setiap hari bukan sehari je k.

Kenapa mahal sangat "honoured" ni kat kita, sebab bukan semua orang senang-senang dapat hidayah macam kita. Ada orang kena seksa dan bunuh sebab mengaku dia Islam. Innalillah.

bersyukurlah kita. Islam adalah nikmat terbesar.

Subhanallah, Allah sangat pemurah dan penyayang. Saya je tak perasan. Sebab tu saya share citer ni kat hangpa. 

Saya nak hang pa baca artikel ni sebab tu saya tulis 
JANGAN BACA KALAU TAK TERINGIN JUMPA SULTAN NI  ...
 a.k.a
JANGAN BACA KALAU TAK TERINGIN JUMPA SULTAN NI  ...

thank you sudi baca. jom kita list down nak minta apa kat Allah. This is really an honoured to us as Muslim who has faith in Allah.

Comments

Popular posts from this blog

5 Steps How To Do Literature Review (fully English)

8 steps to write Literature Review Using Mendeley

5 steps to do Literature Review